perginya seorang insan
dua puluh enam april
tahun dua ribu lapan
nafas terakhir kau hembuskan
tepat jam lapan malam
nafas yang sentiasa terngiang-ngiang
di sanubariku
kesal di hatiku kerana tiada di sisimu
tatkala malaikat maut menjalankan tugas nya
kepergianmu membuat aku terasa kehilangan
bak anak merindui ibunya
kehilangan sebuah istana
dimana ku curahkan semuanya
masalah dan kepahitan hidup ku
kebahagiaan sentiasa di lubuk hatiku
di mana aku menumpang sedikit rasa sayang
melepaskan penat lelahku
dimana tempat aku bergurau senda
gelak ketawa bersamamu
di mana ia menjadi taman permainan di hatiku
statusmu setinggi seorang ibu bagiku
kau dahulu mendidk aku dengan penuh keikhlasan
kau curahkan cinta dan kasih terhadap diriku
kau menyayangi aku seperti anakmu sendiri
wajahmu sentiasa di kelopak mataku
berteduh di hatiku
tak mungkin aku dapat melupakan segala pengorbananmu
tak mungkin aku melupakan kau yang telah mendorong aku kearah kejayaan